Tuesday, 25 November 2014

Mutawwif


Ustaz Muhamad Zamzuri Bin Yazid Al-Hafiz

Beliau berkelulusan Syahadah Tahfiz Al-Quran di Madhad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu.Beliau pernah bertugas sebagai Imam masjid di sekitar Kuala Lumpur di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan selama 11 tahun.Selain itu,beliau juga pernah menjadi imam di bawah MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan) selama 2 tahun setengah.Beliau juga pernah menjadi Guru Agama dan Imam Masjid Daerah Besut selama 4 tahun.Beliau aktif dalam memberi kuliah agama di jabatan kerajaan,sekolah dan jabatan swasta.Beliau juga pernah menjadi mutawwif umrah kepada Lembaga Tabung Haji dan syarikat swasta seperti Kembara Umrah Travel Sdn.Bhd.,Tabung Haji Travel,dan Ash-Har Travel Sdn.Bhd.Beliau juga berpengalaman dalam memberikan kursus umrah.Beliau juga pernah berangkat ke Tanah Suci untuk beberapa kali.Untuk maklumat lanjut,bolehlah menghubungi di talian 019-9333698 atau 09-6904171.

Lokasi Perniagaan

Lokasi perniagaan kami amat strategik kerana terletak di kawasan bandar dan sekolah.Hal ini memudahkan pelanggan untuk menerima perkhidmatan kami.Perniagaan kami beralamat di Lot 4576 Kedai Bawah Jalan Gong Nering,22000 Jerteh,Terengganu.
Pandangan Hadapan

Bangunan Pejabat


Sunday, 10 August 2014

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Munawwar Travel & Tours Sdn. Bhd mula ditubuhkan pada 23 Julai 2013. Syarikat ini bertempat di Lot 4576 Kedai Bawah Jalan Gong Nering, 22000 Jerteh Besut, Terengganu. Munawwar Travel & Tours dimiliki oleh dua orang rakan kongsi iaitu Puan Zuraini Binti Ramlan yang memiliki 70%  saham syarikat dan rakan konsinya  Ustaz Muhamad Zamzuri Bin Yazid yang mempunyai 30% saham syarikat. Munawwar Travel & Tours juga mempunyai sebuah cawangan di daerah Kuala Terengganu iaitu di Gong Badak.

MATLAMAT SYARIKAT

Penubuhan syarikat ini adalah untuk berkhidmat sebagai wasilah kepada umat islam melaksanakan ibadat umrah dan haji di tanah suci serta menawarkan pakej pelancongan dan pengembaraan seluruh Malaysia secara professional dan penuh etika.

Fokus keutamaan kami adalah untuk membantu pelanggan yang kurang berpengalaman dalam urusan pengembaraan, memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah melaksanakan ibadat haji di tanah suci disamping membimbing pelanggan yang kurang berpengalaman dalam melaksanakan ibadat Umrah dan Haji.

MOTO

“Bersama Mencari Redha Ilahi”

VISI

Menjadi agensi pelancongan dan pengurusan khidmat ibadat terbaik di Malaysia


MISI

i.             Bagi menyediakan satu perkhidmatan pada tahap tertinggi dan pengurusan pelancongan dan pengembaraan Muslim pada kos yang berpatutan dengan matlamat untuk memberikan kemudahan dan kepuasan kepada pelanggan, pada masa yang sama memberi peluang kepada pelanggan melaksanakan ibadat serta mengembara dengan penuh yakin.

ii.            Menitikberatkan keselesaan dan keselamatan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikat kami dan menawarkan pakej pelancongan yang memuaskan hati pelanggan.


 OBJEKTIF SYARIKAT

i.              Membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara dari sektor pelancongan

ii.            Membantu pelanggan yang kurang berpengalaman dalam urusan pengembaraan dan melaksanakan ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci.

iii.            Memperkenalkan negara Malaysia kepada rakyat tempatan mahupun luar negara khususnya Negeri Terengganu.

iv.           Menawarkan perkhidmatan yang ada untuk memenuhi permintaan pelanggan.

v.            Menjadi sebuah syarikat yang boleh dipercayai oleh pelanggan dengan mengutamakan keselesaan pelanggan.