LATAR BELAKANG SYARIKAT
Munawwar Travel & Tours Sdn. Bhd
mula ditubuhkan pada 23 Julai 2013. Syarikat ini bertempat di Lot 4576 Kedai
Bawah Jalan Gong Nering, 22000 Jerteh Besut, Terengganu. Munawwar Travel &
Tours dimiliki oleh dua orang rakan kongsi iaitu Puan Zuraini Binti Ramlan yang
memiliki 70% saham syarikat dan rakan
konsinya Ustaz Muhamad Zamzuri Bin Yazid
yang mempunyai 30% saham syarikat. Munawwar Travel & Tours juga mempunyai
sebuah cawangan di daerah Kuala Terengganu iaitu di Gong Badak.
MATLAMAT SYARIKAT
Penubuhan syarikat ini adalah untuk
berkhidmat sebagai wasilah kepada umat islam melaksanakan ibadat umrah dan haji
di tanah suci serta menawarkan pakej pelancongan dan pengembaraan seluruh Malaysia
secara professional dan penuh etika.
Fokus keutamaan kami adalah untuk
membantu pelanggan yang kurang berpengalaman dalam urusan pengembaraan, memberi
peluang kepada golongan berpendapatan rendah melaksanakan ibadat haji di tanah
suci disamping membimbing pelanggan yang kurang berpengalaman dalam
melaksanakan ibadat Umrah dan Haji.
MOTO
“Bersama Mencari Redha
Ilahi”
VISI
Menjadi agensi pelancongan
dan pengurusan khidmat ibadat terbaik di Malaysia
MISI
i.
Bagi
menyediakan satu perkhidmatan pada tahap tertinggi dan pengurusan pelancongan
dan pengembaraan Muslim pada kos yang berpatutan dengan matlamat untuk
memberikan kemudahan dan kepuasan kepada pelanggan, pada masa yang sama memberi
peluang kepada pelanggan melaksanakan ibadat serta mengembara dengan penuh
yakin.
ii.
Menitikberatkan
keselesaan dan keselamatan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikat
kami dan menawarkan pakej pelancongan yang memuaskan hati pelanggan.
OBJEKTIF SYARIKAT
i.
Membantu
dalam pertumbuhan ekonomi negara dari sektor pelancongan
ii. Membantu
pelanggan yang kurang berpengalaman dalam urusan pengembaraan dan melaksanakan
ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci.
iii.
Memperkenalkan
negara Malaysia kepada rakyat tempatan mahupun luar negara khususnya Negeri
Terengganu.
iv.
Menawarkan
perkhidmatan yang ada untuk memenuhi permintaan pelanggan.
v.
Menjadi
sebuah syarikat yang boleh dipercayai oleh pelanggan dengan mengutamakan
keselesaan pelanggan.